October 2019 - Bonda berbicara

Wednesday, October 23, 2019

apa yang hilang?

October 23, 2019 1
apa yang hilang?
Entah kali yang ke berapa..  ?? Dimana dan bagaimana bonda pon tak tahu..  Hehehe... 

Apa yang hilang?  Bonda hilang kad bank taw...  
Dan tak tahu kali yang ke berapa..  
Sebenarnya bonda ni agak cuai.  

mybank kinrara.  

Masa bonda pergi ni dalam pukul 2.00pm jadinya masa tu betul sangkaan bonda rakyat-rakyat jelata tak berapa nak ada hehehe.. 
Seriously ! Angka bonda satu je lagi... 
Boleh bayang tak berapa sekejapnya penantian bonda... 

Dah 3 hari bonda cari kad bank..  
Dalam masa sama risau jugak apa-apa jadi dengan kadbank tu..  *sign

Masih tak jumpa dan bonda buat keputusan 
Untuk... 

Buat baru..  

Harga / cas yang dikenakan untuk kad hilang adalah sebnyak RM12.00 . 
dengan kakitangan mybank yang sangat mesra alam dan kerja nya yang cepat maka tak sampai 30 minit yeaaa!! Sudah siap...  

so pada siapa-siapa yang kehilangan kad bank mybank  boleh lah ke mybank terdekat dan buat disitu..  

Semoga sedikit sebanyak info dapat membantu

Assalamualaikum

Tuesday, October 22, 2019

salam perkenalan empunya bicara.

October 22, 2019 2
salam perkenalan empunya bicara.
Assalamualaikum pembuka bicara.

Hari ini kita bersua. 

Bertemu kita dialam maya.

Bertemu mata insyallah dengan izin-nya.

Salam perkenalan dari bonda, setelah lama tak menulis tinta dialam maya, bonda menyahut kembali cabaran diri untuk komitmen dengan sesuatu. Bila anak dah semakin membesar semua urusan dipermudahkan bak kata orang segalanya dah mudah bila masing-masing dah tahu nak suap makan sendiri walaupon bukan selalu. 
Masing-masing dah pandai pakai baju sendiri tanpa bonda . 

Walau hakikatnya 
Masa bonda menaip ada yang melekap beriba... Tak lengkap harian tanpa anak-anak. Saat bonda buat keputusan nak mula menulis balik orang sekeliling yang sangat menyokong terutama suami. Dibantu kakak sedara bonda jugak kak fiezz yang ni orang terlalu beri tunjuk ajar TANPA JEMU. 

sebenarnya masih banyak yang perlu bonda belajar dari segi pengurusan masa, aktiviti bersama anak-anak . Penghayatan penceritaan penyampaian menulis dari senior-senior yang lain . 

Segala ilmu, segala kenangan , dan segala yang bermanfaat akan bonda kongsikan disini sebagai rujukan, panduan kita bersama.

Nama : Nurliana fitriah bt liela 
Umur : 26 tahun 
Nama panggilan : bonda 
Pekerjaan : suri rumah 
Anak : cahaya mata dua orang 

Salam perkenalan.