Menu 15 minit .. - Bonda berbicara

Monday, February 17, 2020

Menu 15 minit ..


Nak cerita sikit pasal menu menambat hati anak-anak yang super dupper sedap ni... 

Dalam rumah ni memang macam-macan kerenah yang mak-mak kena layan dan bersabar , 
Yang sorang tu tak nak makan pedas lah , yang sorang lagi apa pon boleh asalkan "makanan" memang penuh dugaan ,

Oleh kerana bonda ni full time house wife ...
Tiap-tiap hari catu dalam kepala ni ..

Berita utama suri rumah semasa 

"Apa nak masak hari ni" 

Soalan-soalan yang memang selalu bermain dikepala mak-mak ni.. 

Susah jugak yeak ! Jadi suri rumah ni 
Otak kena pantas seiring kelakuan hehe... 

Menu hari ini adalah..... 

Taraaaa.... 
Sup ayam kentang carrot su'un bonda hahaa.. 

Kemalasan berganda sampai tak tahu nak masak apa . 

Jom chek it out menu hari ini 

Bahan-bahannya 

Ayam 
Carrot
Kentang
Su'un 
Bawang ye BUKAN MAKCIK BAWANG *
bawang putih *
Halia *
Daun sup daun bawang
Garam
Secukup rasa 
Lada hitam 

Nota kaki : kalau boleh lebih-lebihkan lah bawang putih dan halia (tak perlu blande ketok-ketokkan SAHAJA) afdhol. 

Cara-caranya 
Hiris bahan bertanda *
Tumiskan bahan bertanda * guna minyak sedikit sahaja 

Sementara itu ...
Reneh kan air hingga mengelegak kemudian baru masukkan ayam Didalam air yang telah mengelegak
Nota kaki : untuk mengelakkan ayam dan sup reneh tu berasa hanyir ayam 

Setelah bahan tumis siap campak secara berhemah didalam reneh ayam itu tadi 

Masukkan lada hitam , garam dan secukup rasa (tidak digalakkan didalam masakan untuk kanak-kanak)
Sup bunjut kalau rasa nak masuk silakan , kalau tak nak pon tak ada masalah. 

Masukkan kentang dahulu selang 5minit kemudian masukkan carrot pula , tunggu hingga mengelegak dan carrot serta kentang empok sepenuhnya .. 

Taraaa ..dah siap , menu 15minit penuh kasih sayang dah siap .. Sambil pejam-pejam mata gitu ..
Tak dinafikan sup mempunyai kebaikan Tersendiri dan sememangnya akan menjadi pilihan utama anak-anak . Sampai boleh tambah 2 3 kali nasi taw ..... 

Jangan lupa tambah daun sup daun bawang tu... 



Selamat mencuba .. 
Jadi kan memasak satu hobi yang indah dan seronok .. 


No comments:

Post a Comment